Jika anda mempunyai impian untuk membesarkan otot tangan, percayalah anda sebenarnya tidak bersendirian. Untuk pengetahuan anda hampir kesemua mereka yang berada di gym mencari cara untuk meningkatkan saiz bisep mereka. Lebih besar bisep anda, lebih kuat tubuh bahagian atas anda akan kelihatan. Itu harus menjadi alasan yang cukup untuk letupan bisep anda. Pastikan anda tidak melakukan latihan yang tidak memberikan hasil.
Pelbagaikan Senaman Untuk Tangan Anda
Kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai orang ialah melakukan senaman tangan yang sama setiap kali di gym. Dan akhirnya otot tangan anda masih sama seperti dahulu. Ini cukup mengecewakan. Jika anda ingin membina bisep anda, anda harus melakukan semua jenis latihan dalam sistem latihan anda. Ada latihan tertentu seperti membongkok separuh badan sambil mengangkat dumb bell sangat berkesan untuk bisep anda.
Jika pelbagai bentuk senaman anda lakukan semakin banyak seluruh badan anda bekerja dan semakin cepat otot-otot anda terbina. Jangan hanya tertumpu pada satu jenis senaman dalam latihan membentuk bisep. rawfit.co.uk
Gunakan Drop Set Dengan Berkesan
Ramai di antara kita apabila memperkatakan tentang latihan membina bisep adalah untuk mengangkat beban yang lebih dan sentiasa meningkatkan berat setiap kali melakukan senaman ini. Tetapi sebenarnya ada teknik yang lebih baik untuk membina bisep anda. Gunakan drop set yang sederhana. Anda mulakan senaman anda dengan mengangkat berat yang biasa anda lakukan. Apabila anda selesai melengkapkan reps anda, kurangkan berat drop set anda dan lakukan sebanyak yang boleh anda lakukan dengan berat ini. Setelah selesai, anda turunkan berat drop set anda lagi dan lakukan repetisi lebih banyak lagi. Ini akan menjadikan bisep anda akan lebih mudah terbentuk
Jangan abaikan trisep anda
Jangan jatuh ke dalam perangkap berfikir bahawa anda perlu mengasingkan tricep dalam rangka membentuk bisep. Bisep dan trisep, bersama-sama membentuk lengan. Jika anda benar-benar ingin meningkatkan saiz bisep anda, anda harus melakukan senaman untuk trisep juga. Ianya merupakan satu kesilapan untuk menumpukan perhatian pada bisep dan mengabaikan trisep.
Elakkan kecederaan
Anda harus mengelakkan kecederaan walaupun anda telah melakukan kerahan tenaga terhadap badan anda. Fakta bahawa anda harus berlatih keras tidak bermakna anda harus mencederakan otot-otot. Dalam membina otot-otot lengan dan tangan anda harus berhati-hati dalam melakukan senaman. Jangan terlalu memaksa sehingga mendatangkan kecederaan kepada otot anda.
Senaman separuh badan(plank exercise) menduduki tangga ke 10 dalam kajian ACE dan merupakan cara yang baik untuk membina ketahanan di bahagian perut dan punggung, serta otot-otot di bahagian kaki.
Cara-caranya:
Meniarap di atas lantai dengan menggunakan lengan sebagai penahan berat badan.
Pastikan punggung anda berada pada paras yang sama dalam garis lurus dari kepala sampai tumit.
Naikkan punggung anda dan kawal perut anda untuk mengelakkan bahagian belakang anda dari menjadi terlalu tinggi atau menurun di bahagian tengah.
Tahan selama 20 hingga 60 saat dan ulangi selama 3-5 repetisi.
Senaman dengan menggunakan "ab roller" menduduki tangga ke sembilan dalam 10 senarai senaman yang berkesan untuk membentuk perut. Mungkin anda pernah melihat alat senaman ini di gym atau mungkin alat senaman ini pernah anda beli dahulu dan kini anda tidak ingat di mana anda menyimpannya..:p
Keistimewaan "ab roller" ialah alat senaman ini memberi sokongan kepada lengan dan leher kepada mereka-mereka yang mengalami masalah ini ketika melakukan senaman bangkit tubi (sit up).
Ab Roller
Cara-caranya:
Baring di ab roller dan pegang kedua-dua sisi pemegang
Gerakkan otot perut dan hayunkan badan anda ke hadapan, cuba sedaya upaya untuk memastikan setiap hayuan itu dibuat hasil dari gerakan otot perut anda bukan dari momentum hayunan yang dihasilkan
Ulangi sebanyak 1-3 set atau 12-16 reps
Lakukan secara perlahan-lahan bagi mengurangkan momentum yang terhasil dari hayunan pergerakan badan. Anda perlu fokuskan segala pergerakan dilakukan menggunakan otot perut bukan dengan menggunakan kekuatan lengan.
Bentuk senaman "full vertical Crunch"(sila rujuk kepada gambar) benar-benar membuatkan abdomen anda bekerja keras sama ada di bahagian atas mahupun bahagian bawah. Ini menjadikan senaman ini berada di kedudukan ke lapan yang paling berkesan dalam membentuk dan membina otot-otot perut. Berikut di bawah adalah cara-cara melakukannya:
Baring di atas lantai, angkat dan luruskan kaki anda ke atas
Letak tangan anda di belakang kepala dan gerakan otot perut untuk mengangkat bahu anda dari atas lantai
Pada masa yang sama tegangkan kaki anda dengan cara menekan tumit ke atas
"Reverse crunch" jatuh di tempat ketujuh untuk senaman mengempiskan/membentuk perut dengan berkesan, dengan memberikan tumpuan kepada rektus abdomen. Anda akan merasakan pergerakan otot-otot bahagian bawah abdomen anda, walaupun keseluruhan otot badan sedang bekerja sebenarnya.
Cara-caranya:
Berbaring di lantai dan letakkan tangan di lantai atau di belakang kepala.
Bawa lutut ke arah dada sehingga mereka membentuk 90 darjah, dengan kaki bersilang atau tidak.
Gerakkan otot perut untuk menjadikan punggung anda tidak mencecah lantai, luruskan kaki ke atas.
Turunkan dan ulangi selama 1-3 set 12-16 repetisi.
Ini adalah gerakan yang sangat kecil, jadi cuba gunakan otot perut anda untuk mengangkat pinggul dan cuba jadikan kaki anda berada kedudukan tetap serta tidak berayun.
Senaman dengan cara menegangkan lengan ke atas adalah latihan menguruskan perut nombor 6 paling berkesan, menukar corak latihan lama dengan cara meluruskan lengan belakang anda.
Ini akan menjadikan otot perut anda akan bergerak, menjadikannya lebih mencabar. Senaman ini juga menjadikan otot di bahagian atas perut anda bergerak, walaubagaimana untuk pengetahuan anda rektus abdomen anda sebenarnya merupakan satu otot panjang yang bermula dari bawah dada sehingga ke bahagian panggul anda.
Walaupun senaman ini lebih menumpukan untuk membentuk bahagian atas otot satu perut, ianya tetap akan melibatkan keseluruhan otot-otot perut anda.
Cara-caranya:
Baring di atas lantai dan luruskan tangan di belakang kepala dengan tapak tangan kanan menggenggam tangan kiri,
Pastikan kedua-dua lengan berada di sebelah telinga.
Kontrak perut dan angkat tulang belakang dari lantai.
Pastikan lengan lurus dan cuba elakkan ketegangan di leher. Jika leher anda terasa tegang, turunkan satu tangan dan letakakan di belakang kepala dan satu tangan masih lurus seperti asal.
Turunkan dan ulangi selama 1-3 set 12-16 repetisi.
Torso track adalah salah satu bentuk alat senaman yang berkesan untuk membentuk perut, tetapi ini adalah salah satu bentuk senaman yang paling tidak digemari kerana boleh menyebabkan pinggang anda sakit, terutama jika anda melakukannya terlalu ke bawah atau terlalu jauh. Bahkan, dalam kajian yang dibuat oleh ACE, para penyelidik mendapati bahawa sejumlah besar pengguna-pengguna alat torso track dilaporkan mengalami sakit di bahagian pinggang ke bawah. Jika ianya menimbulkan ketidakselesaan kepada diri anda, anda dinasihatkan untuk memilih bentuk-bentuk senaman lain yang juga boleh membentuk perut anda.
Cara-caranya:
Pegang tempat pegangan Track Torso dan kempiskan perut anda sedalam yang boleh tanpa perlu menahan nafas
Lepaskan nafas dan meluncur ke depan sejauh yang boleh mengikut keselesaan anda. Jika anda anda dapati bahagian perut anda telah menyentuh bahagian tengah torso track dan merasakan kesakitan di bahagian pinggang, itu bermakna anda sudah terlalu jauh.
Tarik badan kembali ke belakang dengan menggunakan kekuatan otot perut.
Tambah ketegangan dengan menggunakan chords ketegangan lebih.
Jika anda tidak mempunyai Torso Track, anda juga boleh melakukannya dengan menggunakan bola.
Bola untuk senaman atau dalam bahasa inggeris dipanggil exrcise ball adalah alat yang sangat baik untuk menguatkan abdomen dan merupakan langkah ketiga yang paling berkesan. Senaman ini elok untuk rektus abdomen. Apa yang menjadikan senaman ini lebih berkesan daripada bangkit tubi(sit-up) di lantai ialah jika anda melakukan sit-up kaki anda sering sering bergerak bebas. Senaman di atas bola pula otot - otot perut yang lebih banyak melakukan aktiviti dan kaki anda akan terkunci di lantai.
Cara - caranya:
Baring di atas bola, letakkan bahagian bawah belakang badan anda di atas bola.
Silangkan lengan anda di atas dada atau letakkan tangan anda di belakang kepala.
Angkat tubuh anda perlahan menggunakan otot perut anda, menarik bahagian bawah tulang rusuk anda ke arah pinggul anda.
Apabila anda mengangkat tubuh, cuba sebaik mungkin untuk stabilkan bola (pastikan bola tidak bergerak).
Turun kembali, anda dapat rasakan otot perut anda meregang dan ulangi selama 1-3 set 12-16 repetisi.
Kerusi mengangkat kaki atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Captain's Chair Legs Raise adalah langkah kedua yang paling berkesan untuk membina otot - otot di perut anda. Anda boleh melakukan berbagai latihan dengan hanya menggunakan kerusi ini, yang mana kerusi ini mempunyai tempat anda meletakkan tangan dan membolehkan kaki anda tergantung bebas. Alat senaman seperti ini terdapat hampir dikebanyakan pusat - pusat senaman(gym). Kunci untuk bagi menjadikan senaman ini selamat dan berkesan adalah, pertama, cuba elakkan sedaya upaya mengayunkan kaki atau menggunakan momentum untuk membawa kaki ke atas. Kedua, memastikan kaki anda sentiasa bengkok akan membuatkan senaman ini amat berkesan untuk perut anda dan tidak terlalu bergantung pada otot pinggul/punggung anda.
Cara - caranya:
1. Letak tangan anda di bahagian pemegang kerusi dan ampungkan tubuh anda perlahan - lahan. Cuba untuk stabilkan bahagian atas badan anda(tegakkan badan anda) 2. Tekan punggung anda terhadap pad dan gunakan otot - otot perut untuk menaikkan kaki dan angkat lutut perlahan - lahan ke arah dada anda. 3. Jangan melengkungkan tubuh anda atau mengayunkan kaki anda. 4. Perlahan-lahan letakkan kaki ke bawah kembali dan ulangi selama 1-3 set 12-16 ulangan.
American Council on Exercise(ACE) atau dalam bahasa melayunya Dewan Persatuan senaman Amerika telah mengkaji senaman membentuk perut yang terbaik dan paling sesuai untuk menghilangkan lemak - lemak di bahagian perut.
Perlu diberi perhatian senaman untuk perut seperti senaman bangkit tubi(sit-up) tidak akan dapat menhilangkan lemak - lemak anda tetapi amat baik untuk memelihara kesihatan tubuh dan menguatkan tulang belakang anda
Hasil kajian dari ACE mendapati senaman perut yang paling berkesan adalah dengan mengayuh basikal, pergerakan yang dilakukan ketika mengayuh sasarannya adalah rektus abdomen(6 ketul otot di perut) dan lemak - lemak di pinggang anda.
Bagaimana senaman ini dilakukan:
Baring di atas lantai dengan belakang badan ditekan kepada lantai. Letak tangan anda di sisi kepala anda. Angkat lutut anda setinggi kira - kira 45 darjah dan secara perlahan - lahan mula membuat seperti anda sedang mengayuh basikal. Sentuh siku kiri anda kepada lutut kanan dan siku kanan kepada lutut kiri anda.Teruskan senaman itu dan bernafas dengan perlahan - lahan dan tenang.
Baring di atas lantai letak jari -jari anda di bahagian sisi kepala
Angkat lutut anda rapat ke dada dan pada masa yang sama angkat bahu anda dari lantai tanpa perlu mengerakkan leher anda.
Tegakkan kaki kiri anda dan pada masa yang sama pusingkan atas dada anda ke arah kanan dan rapatkan siku kiri anda ke lutut kanan anda
Tukar arah, arahkan pula siku kanan anda ke lutut kiri anda.
Teruskan pergerakan ini, seakan akan sedang mengayuh basikal ulang sebanyak 12-16 kali.
****Sila rujuk kepada gambar di atas untuk rujukkan.