Produk Kuruskan Badan - Review

***Segala ulasan produk kuruskan badan di bawah hanyalah pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman, info dari internet dan rakan - rakan yang pernah menggunakannya.


Produk Kuruskan Badan - RxLite

RxLite adalah keluaran dari Worldwellness sdn bhd 100% produk buatan Malaysia. Formulanya juga adalah hasil penyelidikan oleh pengasasnya Dr Noordin Darus. RxLite mempunyai rasa koko dan agak berlainan dengan produk - produk kurus badan yang lain(kebanyakkannya berperisa soya).
Keberkesanannya bergantung kepada cara pengambilan dan diet pengguna. Jika anda berdiet dan minum RxLite keputusannya memang memberangsangkan tapi jika anda tidak menahan lapar pengurangan berat badan agak perlahan.


RxLite berfungsi membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda. RxLite meningkatkan kadar metabolisma anda dan memberikan anda tenaga yang secukupnya untuk badan anda.


Semua produk keluaran Worldwellnes dijamin berkualiti disahkan oleh pihak SIRIM dan dijamin HALAL oleh pihak JAKIM.

Beli Sekarang!


Harga 1 kotak RxLite:
Bukan ahli:RM143 RM138
    Ahli          : RM108

Produk Kuruskan Badan - Jus Mate 5



Jus Mate 5 adalah keluaran dari syarikat Herba Prima Marketing sdn bhd. Penyelidikan dan ujian makmal bermula pada Jun 2003 oleh Dr. Rozmey dengan kerjasama Prof. Dr. Hj Abdullah Shukri.Ujian Klinikal pada testimoni secara sukarela (Pesakit Dr. Rozmey & Orang awam) bermula pada September 2005. 

Disahkan HALAL oleh pihak JAKIM

Jus Mate 5 adalah produk buatan Malaysia dan iklannya banyak terdapat di akhbar - akhbar Metro.

Keberkesanannya juga bergantung pada penggunaannya. Pengalaman saya sendiri melihat rakan wanita yang pernah menggunakan produk ini. Saya agak terkejut kerana mendapati badan rakan saya itu menjadi semakin berisi(mungkin badan rakan saya tu ada masalah), Bagaimanapun untuk kepastian anda perlu bertanya dengan Herba Prima sendiri untuk mendapatkan info yang tepat.

Harga 1 kotak Jus Mate 5
Bukan Ahli: RM200
Ahli:RM150


Produk Kuruskan Badan - 2b Model


Produk kuruskan badan keluaran Ombak Besar sdn bhd dan ada yang kata Pelangi Healthy Food sdn bhd(Kalau anda search di google pun pasti tidak berjumpa dengan website kedua - dua company ni...tak tahu lah akan datang nanti tapi masa saya search hari ini 14/10/2010 memang confirm tak ada!)

Datang dengan pelbagai perisa dan harganya murah berbanding RxLite dan Jus Mate 5.


Produk ini didakwa oleh ramai pengedar - pengedarnya kononnya 2b Model lebih hebat dan berkesan dari RxLite dan Jus Mate 5.(ye ke ni?) produk ini tidak dapat dipastikan halal atau tidak...




Harga 1 Kotak (20 paket): RM60.00
Harga 3 Kotak (1 Kotak 30 paket): RM73.00


Produk Kuruskan Badan - Herbalife


Produk Kuruskan Badan keluaran Herbalife International Amerika satu produk berkualiti buatan USA. Herbalife dijual dalam pelbagai perisa dan lebih elok jika diamalkan dengan pakejnya. Iaitu 3 produk sekaligus Formula 1, Formula  3 dan Tea mix


Harganya lebih mahal berbanding 3 produk kuruskan badan di atas mungkin disebabkan buatan USA dan kualiti produknya.


Produk Herbalife adalah HALAL dan dipantau oleh IFANCA International (Islamic Food and Nutrition Council of America)


Mengikut pengalaman saya sendiri menyaksikan rakan sekerja yang mengambil produk ini...perbezaan badannya memang ketara. Jika dulu dengan ketinggiannya sekitar 162 cm dan berat pula dalam lingkungan 80 kg tapi sekarang badannya kurus dan tegap. Rakan saya berjaya menurukan berat badannya hampir 10 kg... Tapi mengikut apa yang diceritakan kepada saya ialah beliau mengawal dietnya. Semasa pengambilan Herbalife ini beliau mengurangkan pengambilan nasi kadang - kadang 2 - 3 hari tidak menjamah nasi. Selain daripada itu rakan saya ini juga rajin berjogging setiap pagi dan beliau juga aktif bermain bola di waktu petangnya. Pendek kata beliau megubah cara hidupnya berbanding dulu.


Sejak itu saya mula terfikir, tidak ada jauh beza sebenarnya produk - produk kuruskan badan buatan Malaysia dengan yang datang dari luar negara. Produk kuruskan badan made in Malaysia juga bagus dan berkualiti. Apa pun pada pendapat saya, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Jika kita berjaya mendisplinkan diri kita dengan berdiet dan rajin melakukan senaman pasti keputusannya pun tidak mengecewakan!

Harga Pakej Herbalife: RM380.00 - RM400.00