Kuruskan Badan | Bola Senaman atau exercise ball

Bola untuk senaman atau dalam bahasa inggeris dipanggil exrcise ball adalah alat yang sangat baik untuk menguatkan abdomen dan merupakan langkah ketiga yang paling berkesan. Senaman ini elok untuk rektus abdomen. 
Apa yang menjadikan senaman ini lebih berkesan daripada bangkit tubi(sit-up) di lantai ialah jika anda melakukan sit-up kaki anda sering sering bergerak bebas. Senaman di atas bola pula otot - otot perut yang lebih banyak melakukan aktiviti dan kaki anda akan terkunci di lantai.


Cara - caranya:



  • Baring di atas bola, letakkan bahagian bawah belakang badan anda di atas bola.
  • Silangkan lengan anda di atas dada atau letakkan tangan anda di belakang kepala.
  • Angkat tubuh anda perlahan menggunakan otot perut anda, menarik bahagian bawah tulang rusuk anda ke arah pinggul anda.
  • Apabila anda mengangkat tubuh, cuba sebaik mungkin untuk stabilkan bola (pastikan bola tidak bergerak).
  • Turun kembali, anda dapat rasakan otot perut anda meregang dan ulangi selama 1-3 set 12-16 repetisi.
sumber: about.com

Leave a Reply