Kuruskan Badan | Senaman yang paling efektif untuk mengurangkan lemak di perut

American Council on Exercise(ACE) atau dalam bahasa melayunya Dewan Persatuan senaman Amerika telah mengkaji senaman membentuk perut yang terbaik dan paling sesuai untuk menghilangkan lemak - lemak di bahagian perut.


Perlu diberi perhatian senaman untuk perut seperti senaman bangkit tubi(sit-up) tidak akan dapat menhilangkan lemak - lemak anda tetapi amat baik untuk memelihara kesihatan tubuh dan menguatkan tulang belakang anda


Hasil kajian dari ACE mendapati senaman perut yang paling berkesan adalah dengan mengayuh basikal, pergerakan yang dilakukan ketika mengayuh sasarannya adalah rektus abdomen(6 ketul otot di perut) dan lemak - lemak di pinggang anda.



Bagaimana senaman ini dilakukan:


Baring di atas lantai dengan belakang badan ditekan kepada lantai. Letak tangan anda di sisi kepala anda. Angkat lutut anda setinggi kira - kira 45 darjah dan secara perlahan - lahan mula membuat seperti anda sedang mengayuh basikal. Sentuh siku kiri anda kepada lutut kanan dan siku kanan kepada lutut kiri anda.Teruskan senaman itu dan bernafas dengan perlahan - lahan dan tenang.
  1. Baring di atas lantai  letak jari -jari anda di bahagian sisi kepala
  2. Angkat lutut anda rapat ke dada dan pada masa yang sama angkat bahu anda dari lantai tanpa perlu mengerakkan leher anda.
  3. Tegakkan kaki kiri anda dan pada masa yang sama pusingkan atas dada anda ke arah kanan dan rapatkan siku kiri anda ke lutut kanan anda
  4. Tukar arah, arahkan pula siku kanan anda ke lutut kiri anda.
  5. Teruskan pergerakan ini, seakan akan sedang mengayuh basikal ulang sebanyak 12-16 kali.
****Sila rujuk kepada gambar di atas untuk rujukkan. 

artikel ini dipetik dari about.com


Leave a Reply