Kajian: Lebih Bukti Menunjukkan Diet dan Senaman Yang Betul Boleh Mengurangkan Berat Badan


WASHINGTON - Para penyelidik telah menemui lebih banyak bukti bahawa diet yang dikendalikan dengan betul dan dengan bersukan dapat membantu masalah berat badan berlebihan, obesiti dan sangat obesiti. Dua kajian telah dijalankan dan amat - amat disyorkan kepada sesiapa yang ingin memulakan menurunkan berat badan supaya menjadikan kajian ini sebagai satu panduan.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam edisi cetak Rabu Journal of American Medical Association, menunjukkan bahawa perubahan perilaku boleh memberi kesan yang lebih signifikan/baik, ianya lebih berkesan dari melakukan pembedahan, seperti prosedur bypass gastrik.

Kedua-dua kajian yang dijalankan menawarkan pra-pakej makanan sebagai sebahagian daripada penilaian mereka, dan menawarkan insentif kewangan bagi mereka yang menyertainya.

Satu kajian menggunakan produk penurunan berat badan Jenny Craig. Diketuai oleh Cheryl Rock dari Moores Cancer Center di California dan dibiayai oleh syarikat Jenny Craig, penyelidik melakukan ujikaji selama dua tahun tentang proses penurunan berat badan dan penyelenggaraan antara 442 kes berat badan berlebihan atau wanita gemuk berusia dari 18 hingga 69.

Body Mass Index mereka - saiz lemak di dalam tubuh berdasarkan ketinggian dan berat badan - adalah 25 atau lebih tinggi. BMI normal berkisar di antara 18.5-24.9 kebiasaannya.

Peserta - peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Kumpulan 1 - menerima khidmat kaunseling melalui telefon secara percuma.

Kumpulan 2 - menerima makanan yang dikawal

Kumpulan 3 - menerima panduan dan arahan untuk aktiviti fizikal yang ditingkatkan selama 30 minit sehari, lima hari seminggu.

Setelah dua tahun ujikaji tersebut dijalankan, hasilnya penurunan berat badan bagi wanita untuk kumpulan pertengahan adalah sekitar 16 pound (tujuh kilogram) atau 7.9% daripada berat awal mereka.

Kumpulan telefon berjaya hilang sekitar 14 pound (enam kilogram) atau 6.8% dari berat badan mereka.

Wanita di kumpulan kawalan menerima khidmat dua sesi penurunan berat badan secara kaunseling daripada ahli gizi(nutrisi) setiap bulan. Mereka hilang 4.5 (dua kilogram) atau 2.1% dari berat badan mereka.

Pada akhir kajian, lebih dari separuh peserta kumpulan pertengahan atau melalui telefon berjaya mengurangkan berat sekurang-kurangnya lima peratus berat, berbanding dengan 29 peratus untuk kumpulan kawalan.

"Penemuan daripada kajian ini menunjukkan bahawa program penurunan berat badan intensif secara berstruktur dengan makanan kawalan yang disediakan  berjaya mengurangkan berat badan berbanding dengan kumpulan rawatan biasa," kata para penyelidik.

"Apa yang paling penting, berat badan sebahagian besar daripada mereka berjaya dikekalkan selama dua tahun apabila follow up dilakukan."

Para penyelidik juga mencatatkan bahawa perubahan berat badan walaupunkan kecil dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.

Para peserta menerima 25 dolar setiap kali mereka melawat klinik yang dikendalikan oleh para penyelidik.

Penyelidikan kedua pula ialah satu kajian intensif yang dipimpin oleh Bret Goodpaster dari University of Pittsburgh School of Medicine yang dijalankan selama 1 tahun juga mencapai keputusan yang hampir serupa.

Para peserta terdiri daripada 130 orang iaitu lelaki dan wanita dewasa yang sangat gemuk dan tidak mempunyai masalah diabetes, secara rawak mereka ditempatkan ke salah satu kumpulan yang mengamalkan diet yang ketat dan harus melakukan senaman fizikal yang tetap selama 12 bulan dan satu kumpulan lagi yang mengamalkan diet yang sama tetapi aktiviti senaman secara fizikal dilakukan selepas enam bulan.

Latihan senaman merangkumi berjalan cepat selama 60 minit lima hari seminggu untuk sasaran minima adalah 10,000 langkah sehari. Peserta juga menerima insentif kewangan kecil untuk mencapai tujuan mereka, harus selalu berhubung dengan pakar gizi dan diberi makanan secara percuma.

Setelah enam bulan, kumpulan 1 yang bermula dengan diet dan aktiviti fizikal berjaya menghilangkan berat badan lebih dalam enam bulan pertama dari kumpulan 2 yang latihannya dilakukan selepas 6 bulan - Kumpulan 1 berjaya menghilangkan berat sebanyak 24 pound(11 kilogram) sementara kumpulan 2 hanya 18 pound(lapan kilogram).

Tetapi di akhir kajian, penurunan berat badan setiap kumpulan didapati hampir sama  - hampir 27 pound (12 kilogram) berbanding 22 pound(10 kilogram).

Para penyelidik juga menyatakan bahawa setiap peserta di kedua-dua kumpulan juga telah berjaya mengurangkan lingkaran lemak di bahagian pinggang, tekanan darah, pertahanan insulin, lemak - lemak di bahagian perut dan kadar lemak di dalam buah pinggang.

"Gaya hidup intensif dengan menggunakan pendekatan berasaskan perilaku boleh menyebabkan penurunan berat badan klinikal dan bermakna Secara tidak langsung juga berjaya mengurangkan faktor risiko kardiometabolik pada orang yang sangat gemuk," kata mereka, mereka juga menyarankan supaya sesiapa sahaja yang ingin memulakan langkah untuk menguruskan badan, memasukkan latihan awal dalam program penurunan berat badan mereka.

Obesiti adalah salah satu masalah kesihatan yang paling serius dalam masyarakat abad ke-21 ini, akhbar mengatakan, masalah obesiti telah meningkat dengan cepat selama tiga dekad terakhir ini, khususnya di kalangan wanita berkulit hitam di Amerika Syarikat.

Di Amerika Syarikat sahaja, 68 peratus daripada rakyat Amerika mempunyai masalah lebihan berat badan atau obesiti, keadaan yang juga boleh meletakkan peningkatan risiko terhadap diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan yang lain.

Sumber: AFP

**Bahasa tunggang langgang kerana artikel asal adalah dalam bahasa Inggeris

Leave a Reply