Kuruskan Badan | Senaman Torso Track

Torso track adalah salah satu bentuk alat senaman yang berkesan untuk membentuk perut, tetapi ini adalah salah satu bentuk senaman yang paling tidak digemari kerana boleh menyebabkan pinggang anda sakit, terutama jika anda melakukannya terlalu ke bawah atau terlalu jauh. Bahkan, dalam kajian yang dibuat oleh ACE, para penyelidik mendapati bahawa sejumlah besar pengguna-pengguna alat torso track dilaporkan mengalami sakit di bahagian pinggang ke bawah. Jika ianya menimbulkan ketidakselesaan kepada diri anda, anda dinasihatkan untuk memilih bentuk-bentuk senaman lain yang juga boleh membentuk perut anda.

Cara-caranya:


  • Pegang tempat pegangan Track Torso dan kempiskan perut anda sedalam yang boleh tanpa perlu menahan nafas 
  • Lepaskan nafas dan meluncur ke depan sejauh yang boleh mengikut keselesaan anda. Jika anda anda dapati bahagian perut anda telah menyentuh bahagian tengah torso track dan merasakan kesakitan di bahagian pinggang, itu bermakna anda sudah terlalu jauh.
  • Tarik badan kembali ke belakang dengan menggunakan kekuatan otot perut.
  • Tambah ketegangan dengan menggunakan chords ketegangan lebih.
  • Jika anda tidak mempunyai Torso Track, anda juga boleh melakukannya dengan menggunakan bola.
sumber:About.com

Leave a Reply