Macam Mana Nak Kurus?



Macam mana nak kurus adalah soalan sangat popular hari ini, sehingga ada yang sanggup memakan pelbagai pil kurus semata - mata untuk kelihatan ramping dan langsing.  Namun pil kurus bukanlah cara paling selamat untuk menurunkan berat badan kerana terdapat banyak cara lain untuk membakar lemak secara semulajadi. Ini memerlukan beberapa usaha tetapi ianya benar-benar selamat, terbukti, berkesan, dan dalam kebanyakan kes mudah dilakukan.

Perkara pertama yang boleh anda lakukan untuk membuatkan tubuh anda membakar lemak secara semulajadi adalah melihat kembali pada makanan yang anda makan. Ini tidak bermakna bahawa anda harus menghapuskan semua lemak di dalam badan anda, tetapi anda boleh menurunkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan anda dengan cara mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak seperti santan, susu pekat dan makanan berminyak. Hal ini akan memaksa tubuh anda untuk mula membakar kawasan simpanan lemak di dalam badan menjadi tenaga. Ini adalah kaedah yang tertua dan paling terbukti dalam strategi menurunkan berat badan, tetapi semua ini memerlukan kesabaran yang sungguh tinggi.


Tahukah anda jumlah lemak di dalam tubuh anda yang hilang sangat bergantung pada keaktifan anda. Semakin banyak anda bersenam semakin banyak lemak anda hilang. Tapi ini tidak bererti bahawa anda harus melakukan sit-up sepanjang masa setiap hari untuk memastikan anda akan kurus. Ramai berfikir bahawa untuk menjadi aktif bererti anda harus berlari, terlibat dalam aktiviti lasak dan sebagainya tapi maksud sebenar aktif adalah anda harus menjadi lebih aktif sedikit dari tindakan anda sebelum ini. Sebagai contoh jika dulu anda mencuci kereta biasanya hantar ke kedai, kenapa tidak bermula sekarang anda mencuci kereta sendiri atau jika dulu anda jarang bermain dengan anak - anak di waktu terluang kenapa tidak bermula hari ini setiap hari anda bermain dengan anak - anak anda seperti bermain bola ataupun badminton.

Perkara yang perlu  anda ambil perhatian ialah apabila anda mula menjadi aktif dan lemak - lemak anda mula terbakar, anda akan mengalami beberapa gangguan pencernaan makanan. Ini adalah normal kerana tubuh anda sedang menyesuaikan diri dengan diet baru anda. Adalah dinasihatkan supaya anda banyakkan meminum air masak untuk memudahkan pencernaan berlaku.


Menjadi aktif akan memaksa tubuh anda untuk membakar lebih banyak sumber tenaga yang disimpan dalam badan anda dan memakan makanan yang kurang lemak akan mempercepatkan lagi proses ini. Setelah anda mencapai target berat badan idaman anda, harus diingat diet anda ini perlu dikekalkan. Ini sangat penting kerana sudah tentu anda tidak mahu menyebabkan berat badan anda untuk kembali naik.


Kembali pada soalan macam mana nak kuruskan badan....jawapannya adalah seperti di atas. Aktifkan diri anda, kalau sebelum ini anda biasanya selesa berada di atas kerusi malas kesayangan anda. Apa kata mulai hujung minggu ini anda rajin - rajinkan diri anda membuat kerja - kerja rumah dan membawa keluarga anda berjalan - jalan...


Semoga Berjaya!

Leave a Reply