Kuruskan Badan Anda!

Semua orang yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti mempunyai keinginan untuk kuruskan badan mereka. Hanya orang gila sahaja yang tidak ada keinginan ini(gurau sahaja). Ada yang serius dengan impian mereka ini ada yang separuh jalan tapi apa pun untuk kuruskan badan anda, anda perlu serius atau kesungguhan. Tanpa kesungguhan, hajat anda untuk kurus hanyalah sia - sia sahaja. ianya hanya akan tinggal angan - angan.

Tapi menguruskan badan atau menurunkan berat badan bukanlah satu tugas yang mudah, selain anda perlu mengawal selera makan anda, anda juga perlu bersenam. Tanpa salah satu daripadanya ibarat lagu tanpa irama. Jikalau hanya mengawal selera makan sahaja badan anda memang kurus tapi tidak berotot dan bertenaga dan kalau hanya bersenam sahaja tanpa mengawal makanan, memang boleh tapi takut anda akan berputus asa kerana penat dan bosan.

Perlu kita ketahui beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kegemukan ini.
1. Makan berlebihan
2. Malas bersenam
3. Faktor keturunan

Mari kita bincangkan satu persatu.
1. Makan berlebihan
Apabila anda makan cuba makan ikut sunnah iaitu berhenti sebelum kenyang. Jangan makan sehinga sendawa 4 - 5 kali tapi masih tak berhenti. Masalah kita ni ialah bila masakan itu sedap memang susah kita nak berhenti terutamanya kalau masakan itu memang makanan kegemaran kita. Pratikkan sunnah nabi insha'allah berat badan anda maintain.


2. Malas bersenam
Kebanyakkan dari kita memberi alasan tidak ada masa untuk bersenam. Sedarkah kita senam itu tidak semestinya anda perlu berlari 5 km atau kena ke gym setiap hari tapi cukup kalau boleh buat 3 kali seminggu dan 30 minit setiap kali untuk mengeluarkan peluh. Tahukan anda jika anda mengamalkan minum air masak yang banyak setiap hari boleh membantu menurunkan berat badan anda. Selain itu cuba biasakan mengayuh basikal setiap kali ingin pergi ke kedai atau ke masjid insha'allah berjaya.


4. Faktor Keturunan
Ada orang yang gemuk sejak kecil lagi atau ada yang kata 'bapak saya dulu gemuk, atuk saya pun gemuk jadi adalah mustahil bagi saya untuk kuruskan badan'. Pada pendapat saya ini adalah alasan yang dangkal. Sesiapa sahaja boleh kuruskan badan Gemuk itu tidak diwarisi. Gemuk itu bukan satu penyakit seperti kencing manis atau kanser dsbnya. Gemuk itu adalah segala lemak yang terkumpul dalam badan kita. Kalau lemak bermakna bolehlah untuk kita kuruskan badan.

Sekarang masalahnya semuanya bergantung kepada keinginan kita. Kalau kita benar - benar ingin kuruskan badan, pasti ada jalannya. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jadi yakinlah dengan usaha dan fikiran yang positif pasti anda berjaya kuruskan badan anda.


Semoga Berjaya!

Leave a Reply